Header Ads

Kuala Lumpur Di Kedudukan Ke 4 Bandar Terbaik Dunia Bagi Ekspatriat


Persekitaran yang mesra di Kuala Lumpur dan suasana kerja yang selesa telah memudah ekspatriat menyesuaikan diri di negara ini sekaligus meletakkan Kuala Lumpur di tempat keempat daripada 51 bandar seluruh dunia di dalam Kedudukan Bandar Ekspatriat Terbaik 2017.

Kuala Lumpur terpilih sebagai 10 Bandar Terbaik di Seluruh Dunia bersama Manama (1), Prague (2), Madrid (3), Amsterdam (5), Barcelona (6), Johannesburg (7), Bangkok (8), Basel (9), dan Frankfurt. Kebanyakan ekspatriat menilai tahap kemesraan terhadap penduduk asing dengan positif di Manama (84%), Amsterdam (83%), Kuala Lumpur (78%), dan Madrid (74%), berbanding nilai purata global iaitu 67%.

Ibu kota kecil Bahrain iaitu Manama dan juga bandar popular seperti Madrid dan Kuala Lumpur amat dihargai oleh para ekspatriat disebabkan faktor mudah menyesuaikan diri di bandar-bandar ini.

Kredit: ohmyexpatlife.com


Seorang ekspatriat dari Afrika Selatan yang tinggal di Kuala Lumpur mengakui selesa di negara ini kerana persekitaran yang memudahkan kerja seharian beliau dan juga masyarakat tempatan yang mesra.

Kedudukan ini dinilai daripada data tahunan yang dikumpul melalui tinjauan Expat Insider, yang dijalankan oleh InterNations, sebuah rangkaian informasi global.

Tinjauan tersebut melibatkan 13,000 ekspatriat dari 166 negara yang tinggal di 188 buah negara atau bandar dan melibatkan setiap aspek kehidupan seharian ekspatriat.

Selain menyediakan analisis yang mendalam mengenai kehidupan ekspatriat di 51 buah bandar, tinjauan ini jugak menilai setiap bandar melalui faktor-faktor lain seperti kualiti kehidupan bandar, kadar penyesuaian diri, kualititi kerja di bandar dan juga kewangan serta perumahan.


Artikel asal oleh Edge Property


For English version, click here

No comments:

Powered by Blogger.